Interaksi anda begitu berarti disini. Mohon tinggalkan satu atau dua kata yang bermanfaat untuk anda, saya dan kita semua

Minggu, 07 Februari 2010

Hidup Ini

Sekadar renungan bersama. Adalah menjadikan kewajiban insan utk ingat meningati sesama sendiri. Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan Illahi. Amin....

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :

1.? Semalam - Sudah menjadi sejarah
2.? Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3.? Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :

1.? Nafas Naik
2.? Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keridhoanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :

1.? Hidup dalam keredhaan Allah
2.? Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

1.? Kekal didalam neraka
2.? Kekal didalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kenikmatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya? Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SHOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengirimkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
1.? Dia mungkin didenda
2.? Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita ridho dan Allah meridhoi.



Artikel Terkait



0 komentar:

Posting Komentar

Komentar anda begitu berarti buat saya. Mohon tinggalkan satu atau dua kata yang bermanfaat untuk saya dan untuk kita semua.

 
Dasar Bisnis Online Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template